> src="h

Kerapuhan ku hanya sedetik


Tatkala dunia pergi meninggalkan jasad di pinggiran,
segalanya begitu perit terasa 
lagi pahit di rasai,
apa lagi yang perlu di lakukan,
kerna segalanya telah di cuba,
untuk memiliki cintaNYA,

Kenangan memori sentiasa bersama ,
kembalikan hati yang dahulu,
yang sangat memberikan ketenangan jiwa,
namun pahitnya kini,
yang tinggal hanyalah satu kepasrahan,
menjadi tembok segala kebangkitan.

Dugaan dan ujian bersilih menyapa,
belum sempat untuk bangkit melawan,
kini satu lagi datang menghempap,
hingga terpelosok jatuh dari realiti dunia.

Kemanakah kekuatan itu pergi meyapa,
tatkala diri tidak mampu untuk bangkit,
tatkala hati tiada sinar menerangi hidup,
hingga tersungkur dalam sebuah khayalan ,
yang hakikatnya tak kan pernah mampu di raih,
ibarat mencapai bulan dari dasar bumi.

Kembalilah wahai hati yang menghilang,
kelmbalilah hati yang menenangkan,
kembalilah lah hati yang penuh dengan kasih,
sinarilah semula hidup ini,
sedarkanlah jasad ini dari tidur yang lena.

Sungguh tiada yang mampu menghalang lagi,
kebangkitan itu perlu di capai,
dengan sebuah langkah penuh harapan,
kerana cinta yang hadir daripadaNYA,
tetap teguh melangkah meski harus merangkak,
meski dunia berlalu pergi meninggalkan.
langkah itu tetap di hayunkan demi sebuah pengejaran,
menuju satu cinta abadi dari Mardhatillah,
Dulu Kini Selamanya,
INFIRU sentiasa bersemayam,
kerana hatinya telah di jual pada jalan agama Allah.
Bangkitlah dan sedarlah,
terus kejar dan berlari hingga menggapai syurga.
.


Tiada ulasan: