> src="h

Ahad, 21 Ogos 2016

Umpama Besi

         Si hijrah duduk termenung pada satu sudut pondok, merenung jauh ke dalam dunia khayalan nya yang tak siapa dapat membaca setiap bait-bait ayat yang berlegar di minda nya. Menyisihkan diri daripada si kelompok untuk memberi ruang buat hatinya berbicara dengan alam Sang Pencipta.
Beberapa minit terus berlalu, si hijrah tetap terpegun kakuh membisu,merenung dan terus merenung. semakin dalam dan terus tenggelam dengan dunia nya.

Gedebuk !!!!..... deras air meluncur pada dinding gebu pipi tatkala kelopak mata terpejam sesaat.
Argghhhh..hati si hijrah meronta, merintih, sakit ,,,,,sakit,,,,cukup !!!.,kembalilah hati yang telah pergi menjauh..
       Bisikan hati Si hijrah yang tak siapa dapat mendengari nya mahupun memahami.Tenggelam dalam dunia yang umpamanya hanya tinggallah dia sekujur tubuh duduk bertemankan alam, bersaksikan langit dan bumi, di hiburkan dengan kicauan sang burung, di tenangkan dengan sayupan angin dan deruan air tasik. Si hijrah meyeka air yang mengalir dan terus meyeka tetapi air tetap mengalir dengan lajunya tanpa menghiraukan sesisi dunia.Kesakitan nya umpama satu ketenangan yang tak pernah diperoleh tatkala air mata itu mengalir dengan derasnya. Apa yang membuatkan kelopak mata nya memuntahkan derasan air yang tak mampu di hentikan ? Biar jiwa berkuasa untuk memberhentikan tetapi kuasa itu telah lenyap dari jiwa nya seolah-olah membiarkan episod itu berlalu tanpa pengarah. Episod yang berjalan dengan spontan nya tanpa mengikut jalan cerita yang di ciptakan oleh sang manusia kerdil.

"Ya Allah, aku takut, aku takut, aku takut Ya Rabb, sangat takut....maafkan aku Ya Allah ."

Hanya bisikan itu yang terkeluar dari bibit-bibit ungkapannya tetapi tak mampu di dengari oleh sesisi dunia. Si hijrah meraup wajahnya dengan sepenuh penyesalan.

" Kenapa baru sekarang Ya Allah,? kenapa air mata ini tak nak berhenti Ya Allah ? Ya Allah kurniakan aku kekuatan itu Ya Allah,,, Jalan hidup ini terlalu berliku, sangat perit,,takkan mampuku harungi tanpa cinta dariMu Ya Allah,,,sungguh aku rindu..aku merindukanMU Ya Allah,,,sungguh sangat aku rindu..Maafkan aku Ya Allah..andai dahulu aku terlalu ego, maafkan aku Ya Rabb. Kini air mata ini dah tak mampu bertakung di dasar hati. Terlalu sempit untuk di takung lagi." Bisik hati si hijrah kpada Sang Penciptanya.

       



      Si hijrah menyesal dengan diri nya sendiri atas apa yang di fikirkan selama berada dengan si kelompok. Coretan kelmarin kini menjelma di minda. Satu persatu timbul dan berlalu pergi di legaran minda.Janji yang di ungkapkan bersaksikan Allah hanya sekadar di bibir dan tidak terpatri di dasar hati malahan jauh sekali  tertanam di setiap ingatan minda. Duduk bersama si kelompok baginya membuat jiwanya semakin jauh daripada penciptaNya malah membuat jiwanya hancur luluh yang di hempap dengan pelbagai cabaran tanpa persediaan . Saban hari pelbagai alasan yang bersalutkan kejahilan jiwa dilontarkan kepada si kelompok untuk menyendiri dengan kehidupannya dan mendabik dada dengan setiap keputusan yang ada di setiap perancangan nya. 

      Bermalam terus berlalu, matahari bersilih ganti dengan kehadiran bulan purnama. Si hijrah tetap dengan alasan kejahilan nya tanpa kesedaran di hatinya. Tetap merasa hebat dan berbangga dengan kemajuan diri. 

"Aku tetap move on tanpa kamu, kamu terlalu sibuk dengan matlamat tapi akademik pun tergendala". Sindiran Si hijrah di dengari salah satu daripada ahli si kelompok.
Si hijrah tetap berbangga dengan apa yang di aturkan dalam hidupnya tanpa sedikit pengertian buat si kelompok. Si hijrah terus mendiam membisu dari gerakan si kelompok. Berminggu -minggu tanpa khabar kepada si kelompok dan terus membisu dan tetap fokus pada perancangan hidupnya yang pada hakikatnya buat jiwanya makin jauh pada RabbNya............

   Itu lah dirinya pada waktu semalam, kini si hijrah duduk bersama jasad meluangkan hatinya bersama RabbNYA. Hinggakan si hijrah sendiri tak tahu mengapa air mata itu mampu mengalir dan terus mengalir dengan derasnya.Mengenangkan betapa egonya diri dengan kehebatan tanpa memerlukan si kelompok. Penyesalan yang begitu menerkam jiwa, menusuk qalbu. Merasakan hamba Allah yang tetap hamba. Bergerak ke mana, merancang sehebat apa, mendabik dada setinggi apa, segalanya tetap bergelar hamba. Jadilah seperti hamba Allah.


#Gadis Intifadhah
#DariHatiKeHati

Sabtu, 30 April 2016

Solat itu Tiang Agama

"Wama kholaqtuljinna wal insana"
DAn tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri kepadaKU.

Solat,
tanda cinta dan pengabdian diri seorang hamba kpada RABBnya,
tanda syukur akan nikmat kurniaan Illahi,
mengisi jiwa yang ketandusan,
meyenangkan jiwa buat si pendamba.

Duhai insan bergelar hamba,
sedarkan dikau, cakna kah dikau, tahukah dikau,
solat itu tunjang segala kehidupan.
engkau tinggalkan solat,
maka hancurlah hidupmu,
maka hancurlah agamamu,
tetapi sayang nya mata kita telah di kaburi dengan debu-debu dunia,
yang penuh dengan lakaran pentas dunia,
ibarat firman Allah,
 dalam surah at-takathur : 1,
perbuatan bermegah-megahan dan berlumba-lumba telah melalaikan kamu,
hingga ada yang sanggup menjadikan Allah sebgai pilihan yang terakhir,
kerana apa??
friman Allah dalam surah al-mujadilah: 19
" Sesungguhnya syaitan telah menguasai kamu dan menjadikan kamu lupa kepada Allah".

Duhai Muslimin dan muslimat,
sesungguhnya solat itu mencegah yang mungkar dan perbuatan keji,
tetapi kerana dek solat kita yang lalai,
solat kita yang tergapai-gapai,
solat kita yang hanya sekadar kerana material dunia,
maka,
maksiat di hadapan tapi mata hanya memerhati,
kemungkaran di depan jasad tetap membeku,
kezaliman di hadapan tapi hati tetap tak peduli,
sesungguhnya keizzahan islam itu telah hilang dari dirimu.

Duhai Hamba yang lali,
ketahuilah bahawa bagi mereka yang tidak solat tapi cemerlang dalam pelajaran,
mereka tak solat tapi endapat kejayaan,
mereka tak solat tapi penuh dengan kebahagiaan,
maka sedarlah bahawa ,
itu adalah pemberian yang tidak Allah redhai untuk meyesatkan kamu lagi.



Ahad, 17 April 2016

Full of MAHABBAH

Hidup ini penuh dengan cinta,
mengalir dan terus mengalir,
tak kan ada hentinya dan tak ada halangan,
terus mengalir dan mengalir,
sederas aliran air sungai,
cinta itu indah,
takkan mampu di tafsir,
lagi di fahami.

Sungguh kerana cinta,
ku temukan erti pengorbanan,
yang bukan kerana terpaksa tetapi kerana mahabbah,
dalam kisah hidup,
ku temukan diri ku di sebalik ujianNYA,
kerana aku adalah hati dan DIA adalah degupan hatiku.
air mata bergenangan mengalir,
meungkapkan rasa kasih dan cinta di dalam hati,


Ya Rabb,
hidup ini penuh dengan cinta dan mahabbah,
mengapa hadirnya ketidakadilan buat mereka,
gadis kecil di pinggir gaza,
bangkit kerana cinta,
Ikhwan Muslimin bangkit juga kerana cinta,
Hamas juga bangkit kerana cinta,
dengan cinta segalanya mampu di harungi,
Ya Allah beriakan ku kekuatan di sebalik cintaMU,
berikan ku ketenangan di setiap ujianMu,
cintaMu tersebar di sebalik hati yang tenang,
tersemat di sebalik hati yang gersang,
terpahat di dasar hhati yang suci.


Kan ku terus gapai dan mencari cintaMu,
kan ku tetap menanti mahabbah yang kian pudar,
Ya Allah,
buka kanlah mata hati mereka,
jangan lah di kaburi dengan asap-asap durjana,
sucikan lah dengan embun pagiMu,
bangungkan lah mereka dari tidur yang lena,
dunia semakin nazak,
jahiliyyah berkuasa,
syaitan bergelakan dengan tawa sindiran nya,
manusia tertipu dan terus tertipu,
sekujur tubuh yang hanya rapuh,
seketul daging yang sentaisa berbolak balik.

Ya Rabb,
kembalikan keizzahan Islam itu,
kembalikan kisah Rasulullah dalam hidup kami,
Ya Allah,
kurniakan kami seperti sahabat Rasulullah,
jadikan kami seperti srikandi Islam,
tatkala dugaan menerpa,
senyuman ikhlas yang kami balas,
tatkala hati di uji,
doa yang kami pinta.

Sungguh,
kerinduan itu tak tertahan,
kami bermohon yaRABB,
Rasulullah sungguh di hati kami,
kembalikan cinta-cinta kami,
pahatkan semngat juang kami,
izzahkan kesatuan kami,
air mata menitis terus menitis,
satu prsatu telah pergi menghadapMu,
tinggallah kami,
yang mengharapakan cinta darimu,

Ya Allah,
kurnikan kami kekuatan,
untuk memecahkan tembok kejahilan,
meruntuhkan jiwa rakus dunia,
mengembalikan zaman izaah Islam,
yang penuh dengan kasih dan cinta,
yang penuh dengan senyuman ketenangan bersama perjuangan,
segalanya bakala bermula,
redhaMu kami dambakan,
kembalikan Ya Rabb.

Sabtu, 16 April 2016

rinduku tiada batas

Adakah aku salah,
adakah silapku atas segalanya,
ya Allah,
sungguh aku tak kuat,
tersungkur dan terus tersungkur,
menghadapi ujianMu aku terjatuh,
hilangnya keteguhan tembok itu,
di binasakan sang nafsu durjana.

Ya Allah,
perit yang teramat perit ,
ingin ku berlari dari dunia ini,
ingin ku menghilang membawa diri,
ingin ku bersembunyi bersama cintaMU,
mengubati hati yang teramat lara,
tiada yang bisa memahami apa lagi nak menghayati.

Hilang nya mereka di sisi,
mereka pergi dan terus pergi,
lalu aku semakin diam membatu,
menjadi kan diri bukan seperti kebiasaanyya,
menukarkan diri kepada menyakitkan hati y lain,
sungguh itu bukanlah diri ku,
penuh dengan tusukan kata-kata menyakitkan.

Andai saja permintaanku untuk mereka kembali mampu di kabulkan,
diriku masih mampu utuh seperti dahulu,
tapi seolah segalanya bukan kerana Allah,
apa semua ini???
apa semua ini??
Ya Allah berikan aku jalan yang sebenar,
sungguh aku sangat mencintaiMU ya RABB,
bukan sekadar di bibir tapi di hati,
aku hanya ingin KAU ya Rabb,
izinkan aku mencintaiMu setulusnya,
izinkan aku mengadu kerinduan padaMU,
izinkan aku mengadu sedikit pengertian daripadaMU,
izinkan aku mampu memegang hati-hati merka Ya Rabb.

Sungguh,
cerita ini terkadang tak mampu untuk di tafsir,
buntu di pertengahan mencari petunjuk jalan cerita,
terpinga-pinga aku kekusutan,
kerinduan membuak menantikan jalan penamat,
tetapi masih berada di persimpangan,
yang terkadang merasa ragu untuk memilih nya.
berikan aku hidayah itu Ya RABB,
sunggu menjaga hidayah itu benda yang teramat sulit,
hilangnya hidayah maka aku tersungkur semula,
jiwa besar tu nukan aku,
tetapi akulah salah satunya yg mengejar jiwa itu/

Sabtu, 27 Februari 2016

Takungan Air mata bercucuran

Bulat matanya merenung dan tenggelam dalam buaian,
memahami di setiap ciptaan Illahi,
mencari dalam segenap maksud yang tersirat,
tidak ada sebarang jawapan,
tetapi ketenangan menerjah hati,
menggetarkan seluruh jasad,
hingga pabila kelopak mata di pejam,
air mata bercucuran.
PERIT!!!!
hidup ini tidak mampu di tafsir dengan hanya satu ujian,
bukan juga dengan hanya satu kenikmatan,
tetapi segalanya tercampur ibarat adunan kuih,
takkan mampu di pisahkan semula bahan yang tercampur.

Ya Allah,
sinaran matahari menyinari bumi,
angin bertiup kesayuan membawa pergi kegusaran hati,
Awan berarak perlahan dengan pelbagai bentuk,
memberikan suasana yang mengasyikkan qalbu,
yang tak kan mampu di baca mahupun di hadam mereka yang melihatnya,
mata terpejam kan,
tanggungjawab merjah ke bayangan,
menyentapkan hati buat seketika,
membuatkan kelelahan dan keletihan merjah ke hati,
tidak tertahan dengan setiap yang bertandang,
seolah kaki ingin melangkah pergi jauh ,
lalu seruan Allah terpaku rapi di dasar hati,
tak mampu di cabut dengan jasad.


Bibir mampu mengukir senyuman,
mulut mampu berbicara dengan riangnya,
tetapi hati merintih kesakitan,
mengadu sedikit pengertian dari mana-mana insan,
sangat tak bisa di dapatkan,
hampa yang mampu di raih dan kekecewaan yang bertandang,
Allah lebih mengetahui segalanya.
tetapi dalam duduknya sendirian,
dalam hatinya kesepian tanpa teman,
air mata mengalir tanpa henti,
melepaskan segala yang telah di lakonkan dengan keriangan.
sungguh,peritnya hati nya tidak ada yang tahu,
tanggungjawab itu mengalirkan air mata
tapi memberikan sejuta kekuatan kepada hatinya.
yang mana harapannya hanya kepada Illahi..

Duhai Rabbku,
aku tak mampu menemani nya ketika keperitan itu di rasakan nya,
aku tak mampu mengusap airmata yang mengalir di pipinya,
aku juga tidak mampu menjadi penghibur hatinya tika berduka,
aku hanya mampu menitipkan doa yang mana Engkau lebih memahami kasihku padanya,
hanya mampu melihatnya di kejauhan dan memahami di setiap jalan cerita hidup,
iya memahami,
kerana aku tahu Engkau sedang mengujinya,
kerana cintaMu padaNya,
memberikan dia kekuatan yang tidak pernah dia rasai.

Kesempitan Bernama Hati

Begitu nikmat saat tangan kunia Allah mampu bergerak,
dengan pantasnya menaip bait-bait indah yang tak mampu terungkap,
meluahkan segala rasa yang telah lama terbuku,
mengubat kesunyian jiwa di kala malam yang sunyi.

Berbangga dengan setiap coretan,
tapi tidak sama seperti apa yang terungkap dengan ucapan realiti,
bait-bait itu umpama tulisan dongeng seorang insan,
seolah-olah tak pernah wujud dalam realiti.

Tulisan nya mampu menyenangkan para pembaca,
tetapi ungkapan nya langsung tidak seperti tulisan nya,
tergapai-gapai mencari sebuah maksud di sebalik dongeng itu,
tertanya-tanya dan terkial-kial,
adakah yang merasakan ketidak selesaan dengan perbezaan itu,
yang tulisan nya begitu indah,
tetapi tidak pada ucapan nya yang hanya berbaur dunia.

kemanakah hilangnya keberanian yang dahulu,
berani berbicara dengan fasih nya,
meungkapkan setiap kalimah yang tersirat di minda,
menterjemahkan dengan penuh kasih sayang,
hingga mampu mengalirikan mata segelintir pendengar setia.

Ya Rabb,
kembalikan lah cerita realiti itu semula,
jangan biarkan dongeng ini berterusan,
yang membuatkan hatiku dan hati mereka terluka,
duduk terdiam tanpa sebarang kata-kata,
dan yang ada hanyalah kata-kata yang perit.

Duhai Allahku,
kemanakah hilangnya jiwa yang sentiasa meletakkanMU dalam segenap keputusan,
yang setiap ucapan nya di dahului dengan cintaMU,
yang setiap tindakan nya kerana KasihMu,
bukan untuk menjatuhkan tetapi kerana ingin mengislahkan.

Ya Allah,
kembalikanlah,
kembalikanlah,
hati ini meronta dan mengadu,
tidak tertahan dengan dongeng ini,
merindukanMU dalam setiap degupan nafas,
hidup tersisih tanpa siapa yang peduli,
hati terluka tak akan ada yang mengubati,
tetapi Engkau lebih memahami.

Duhai Rabb,
jagakanlah hati ini,
pisahkan lah hati ini dengan kalimah ego,
jarakkan lah hati ini dengan kalimah cemburu,
dekatkanlah kalimah sayang dan kasih ini ke dalam hati,
satukanlah kalimah cinta ke dalam jiwa ini,
hanya keranaMU ya Allah,
hanya kerana CintaMU,
bukan untuk aku,bukan untuk dia mahupun mereka.

Rabu, 20 Januari 2016

~AURA JIWA~

Berbicara tentang hati,
berbiacara tentang perasaan,
berbagai luahan yang tersembur,
berbagai tomahan hati yang di debatkan,
penuh dengan rasa dan emosi.

Sungguh,
segalanya telah di luahkan,
tetapi mengapa tidak mampu sampai ke hati mreka,
adakah tembok yang menjadi penghalang segalanya,
tersekat di sebalik pintu,
menanti untuk masuk ke dalam dengan seizinNYA,.

Sungguh,
jiwa tersentak dan hati terobek,
bermain dengan berjuta rasa,
tapi tiada siapa yang memahami kecuali Allah,
meraung di dasar hati,
memberontak dengan jalan cerita hidup,
apa ni Ya Allah,
apa semua yang terjadi ini,
aku bkanlah orang yang mampu bermain dengan takdir,
aku bukan lah insan yang mampu berlapang dada,
aku bukanlah makhluk yang sentiasa mengambil ibrah,
aku hanya mampu mengira detik-detik terakhir,
sungguh..!!!
takkan pernah terdaya,
mengukngkapkan setiap rasa di dasar,
segalanya di pendamkan,
yang terluah seolah pelangi yang begitu indah,
namun tertanam beribu kedukaan yang tak mampu di cabut.
perit dan sakit,
tak kan pernah mampu terubat,
hanya Allah menjadi pendamping hidup,
memberikan jawapan untuk menreuskan jalan cerita ini.
cukuplah melihat pelangi yang terpancar,
dan cukuplah keperitan terbuku di pertengahn hati,
dan kedukaan tertanam di dasar hati.

JAGAKAN CINTA INI SAHABAT

Bila kini ku sesali,
di setiap perpisahan,
mengira detik-detik terakhir,
tatkala masih berharap,
masihkah teguh ku menanti.

Hadirnya gerhana,
ketika terpancar pelangi yang indah,
saat hati tertawa,
berbungakan duka,
bila ada mahupun tiada,
hinggakan lafaz memberi aura cinta.

Takkan mungkin terdaya,
mengungkapkan rasa satu arah,
rasa yang berjuta pertanyaan,
menerbitkan jawapan yang tak kan mampu terluah,
dari jiwa nurani yang tenggelam di dasar.

Ya Allah,
dimanakah kekuatan cinta itu,
di manakah ia pergi bertandang,
di saat jiwa memerlukan kasih,
Ya Allah,
jagakan lah rindu ku ini pada yang satu,
jagakan lah cinta ini kerana cintaMU.

Sungguh,
cinta sorag sahabat,
menjadi peneman di setiap iman,
jatuh bangun penguat jasad,
pelengkap kekosongan hati.
ukhuwah fillah,

~ Tenangnya YA RABB ~

Semakin hebat rinduku,
semakin laju hembusan dugaan melintasi hidup,
semakin hebat cintaku,
semakin deras keperitan hidup menghempap,
tersusun rawak dalam titik persimpangan,

Duhai RABB,
dengarkanlah cinta hati ku padaMU,
berdegup tenang mengharapkan secebis kekuatan,
menyinari tompok kegelapan di dasar hati,
dek tertutup kerna kepasrahan entah kapan bertandang.

Sungguh,
mata ku dan dirimu terpejam walau seketika,
namun kehadiran cinta dariNYA hadir menyelinap,
memberi sejuta rasa ke dasar hati,
yang berbisik dengan penuh ketenangan di jiwa.
lalu kelopak mata terbuka,
mengalirkan titis jernih yang begitu nikmat,
tanpa di sedari runtun jiwa mencari-cari,
di tetapkan dalam satu perjalanan.

Cinta,
bukan nya sekadar menguatkan hati,
tapi melengkapkan jiwa yang bergelora,
membawa deras beribu kerinduan ,
terisi satu persatu di setiap ruang lingkup jiwa.
menghapuskan segala kegusaran yang bertandang,
menghilangkan sejuta kesedihan yang datang bermusafir semenatara.

Sungguh,
ketenangan itu milikNya ,
mengalir deras dalam setiap degupan nafas,
memberikan senyuman manis penuh makna,
melangkah di realiti hidup,
dengan sejuta cinta dari kerinduanNYA.

~ tarbiyah diri ~

Membait cinta sang Khaliq,
perlukan hati yang penuh dengan kecintaan,
yang begitu khusyuk dalam ubudiyyah,
hati yang penuh dengan ketenangan,
bukan di cemari dengan segala kebusukan,
bukan pula di kotori dengan debu-debu hitam dunia,
tetapi di jernihkan dengan embun ketenangan tahajjud,
dan di sucikan dengan 
aliran air wudhu' di sepertiga malam.

"Ketahuilah wahai sahabat,
bahawa kamu takkan mungkin cintakan Allah,
selagi mana kamu tak mampu cintakan ketaatan kepadaNYA,
bersama tarbiyah diri untuk ummah,
kepahitan dan keperitan hanya lah calar balar kehidupan
seorang insan yang bergelar pejuang. "

Sebuah Pilhan

Aku dia dan kamu,
Tersekat dalam setiap pilihan,
mencari segenap inspirasi dari sebalik jalan,
mencari segelumit kekuatan di sebalik kelelahan,
bangkit dari kejatuhan ke dasar dunia.

Pilihan menjadi kebuntuan fikiran,
menjadi satu pertanyaan di benak fikiran,
mencari jawapan di dalam setiap persoalan,
dengan segala bukti kecintaanNYA,
menjadi penguat untuk tetap bertahan dan
terus melangkah dengan kegagahan cinta.

Sungguh,
dulu kin dan selamanya,
segalanya memerlukan pilihan,
di setiap persimpangan mencari jalan kebenaran,
tak kan tertatih jatuh dan takkan terpelosok 
ke alam kegelapan,segalanya di sinari dengan iman cahaya di hati.

Duhai RABB,
pilihan itu terletak pada tangan ku,dia dan kamu,
yang harus memelih tanpa penangguhan yang agak lama,
dengan cinta dariMU sebagai kekuatan jiwa,
dan terkadang terpelosok jatuh merintih,
kebuntuhan hingga hati perit tak terkata.

Duhai RABB,
walau lama bertatih mencari jawapan,
kembalikan rasa cinta itu di dalam hati,
tika langkah tersasar,
kembalikan kekuatan untuk beralih arah,
tika hati makin malap,
kembalikan sinaran itu ke dasar hati yang mendalam,

YA ALLAH,
kembalikan hati yang menghilang,
kembalikan lah segalanya,
pilihan itu tak mampu ku miliki
tanpa cinta dari kuasaMU.