"Wama kholaqtuljinna wal insana"
DAn tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri kepadaKU.
Solat,
tanda cinta dan pengabdian diri seorang hamba kpada RABBnya,
tanda syukur akan nikmat kurniaan Illahi,
mengisi jiwa yang ketandusan,
meyenangkan jiwa buat si pendamba.
Duhai insan bergelar hamba,
sedarkan dikau, cakna kah dikau, tahukah dikau,
solat itu tunjang segala kehidupan.
engkau tinggalkan solat,
maka hancurlah hidupmu,
maka hancurlah agamamu,
tetapi sayang nya mata kita telah di kaburi dengan debu-debu dunia,
yang penuh dengan lakaran pentas dunia,
ibarat firman Allah,
dalam surah at-takathur : 1,
perbuatan bermegah-megahan dan berlumba-lumba telah melalaikan kamu,
hingga ada yang sanggup menjadikan Allah sebgai pilihan yang terakhir,
kerana apa??
friman Allah dalam surah al-mujadilah: 19
" Sesungguhnya syaitan telah menguasai kamu dan menjadikan kamu lupa kepada Allah".
Duhai Muslimin dan muslimat,
sesungguhnya solat itu mencegah yang mungkar dan perbuatan keji,
tetapi kerana dek solat kita yang lalai,
solat kita yang tergapai-gapai,
solat kita yang hanya sekadar kerana material dunia,
maka,
maksiat di hadapan tapi mata hanya memerhati,
kemungkaran di depan jasad tetap membeku,
kezaliman di hadapan tapi hati tetap tak peduli,
sesungguhnya keizzahan islam itu telah hilang dari dirimu.
Duhai Hamba yang lali,
ketahuilah bahawa bagi mereka yang tidak solat tapi cemerlang dalam pelajaran,
mereka tak solat tapi endapat kejayaan,
mereka tak solat tapi penuh dengan kebahagiaan,
maka sedarlah bahawa ,
itu adalah pemberian yang tidak Allah redhai untuk meyesatkan kamu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan