> src="h

Ahad, 17 April 2016

Full of MAHABBAH

Hidup ini penuh dengan cinta,
mengalir dan terus mengalir,
tak kan ada hentinya dan tak ada halangan,
terus mengalir dan mengalir,
sederas aliran air sungai,
cinta itu indah,
takkan mampu di tafsir,
lagi di fahami.

Sungguh kerana cinta,
ku temukan erti pengorbanan,
yang bukan kerana terpaksa tetapi kerana mahabbah,
dalam kisah hidup,
ku temukan diri ku di sebalik ujianNYA,
kerana aku adalah hati dan DIA adalah degupan hatiku.
air mata bergenangan mengalir,
meungkapkan rasa kasih dan cinta di dalam hati,


Ya Rabb,
hidup ini penuh dengan cinta dan mahabbah,
mengapa hadirnya ketidakadilan buat mereka,
gadis kecil di pinggir gaza,
bangkit kerana cinta,
Ikhwan Muslimin bangkit juga kerana cinta,
Hamas juga bangkit kerana cinta,
dengan cinta segalanya mampu di harungi,
Ya Allah beriakan ku kekuatan di sebalik cintaMU,
berikan ku ketenangan di setiap ujianMu,
cintaMu tersebar di sebalik hati yang tenang,
tersemat di sebalik hati yang gersang,
terpahat di dasar hhati yang suci.


Kan ku terus gapai dan mencari cintaMu,
kan ku tetap menanti mahabbah yang kian pudar,
Ya Allah,
buka kanlah mata hati mereka,
jangan lah di kaburi dengan asap-asap durjana,
sucikan lah dengan embun pagiMu,
bangungkan lah mereka dari tidur yang lena,
dunia semakin nazak,
jahiliyyah berkuasa,
syaitan bergelakan dengan tawa sindiran nya,
manusia tertipu dan terus tertipu,
sekujur tubuh yang hanya rapuh,
seketul daging yang sentaisa berbolak balik.

Ya Rabb,
kembalikan keizzahan Islam itu,
kembalikan kisah Rasulullah dalam hidup kami,
Ya Allah,
kurniakan kami seperti sahabat Rasulullah,
jadikan kami seperti srikandi Islam,
tatkala dugaan menerpa,
senyuman ikhlas yang kami balas,
tatkala hati di uji,
doa yang kami pinta.

Sungguh,
kerinduan itu tak tertahan,
kami bermohon yaRABB,
Rasulullah sungguh di hati kami,
kembalikan cinta-cinta kami,
pahatkan semngat juang kami,
izzahkan kesatuan kami,
air mata menitis terus menitis,
satu prsatu telah pergi menghadapMu,
tinggallah kami,
yang mengharapakan cinta darimu,

Ya Allah,
kurnikan kami kekuatan,
untuk memecahkan tembok kejahilan,
meruntuhkan jiwa rakus dunia,
mengembalikan zaman izaah Islam,
yang penuh dengan kasih dan cinta,
yang penuh dengan senyuman ketenangan bersama perjuangan,
segalanya bakala bermula,
redhaMu kami dambakan,
kembalikan Ya Rabb.

Tiada ulasan: