> src="h

Selasa, 29 Disember 2015

~pentas dunia ~

Sungguh dunia ini penu dengan cabaran,
penuh dengan ketidakadilan,
penuh dengan segala kesengsaraan di mana-mana,
ibarat debu-debu yang berterbangan ,
menyebarkan virus-virus penyakit kepada manusia.

Sungguh,
kita ini pemain takdir Allah,
segalanya telah di aturkan buat manusia,
dan siapakah di kalangan manusia yang paling tinggi amalanya,
lalu di nilai indah di sisi Allah.

Sungguh,
pentas dunia ini sekadar pentas lakonan manusia,
sekadar opera yang di jadikan tontonan buat yang berkehendak,
memainkan di setiap watal yang ada dengan penuh kebanggaan,
sedangkan pengarah yang mengatur dan merancang,
sungguh hebat perancangan Allah,
kepenatan itu bukan lah suatu bebanan,
tetapi tanda cinta agungNYA kepada manusia,
yang sedikit pun lupa dengan keagunganNYA.

Sungguh,
pentas lakonan ini,
buat aku dan dirimu terpinga-pinga dalam setiap jalan cerita,
menjadi yang terbaik dan terbaik,
memberikan inspirasi buat mereka yang di luar sana.

Sungguh,
hakikat segalanya hanya lah hamparan yang tidak berguna,
itu bukan lah jalan yang membawa ke dunia hakiki,
segalanya telah bergantung pada apa yang di dasar hati,
yang hakikatnya bermain dengan watak dengan penuh keikhlasan,
suci dari segala keangkuhan dan kebongkakan,
membawa satu kekuatan cinta dariNYA tanpa kelelahan,
dengan sekukuh keyakinan terpasak,
memberi senyuman dalam setiap jalan cerita,
menjadi hiburan dalam setiap dialog.

Jumaat, 25 Disember 2015

~AKU ,KAU DAN KAMU RAPUH ~

Alangkah peliknya ketika manusia itu sedar akan kerapuhan hati,
sedar akan kelemahan bersarang di jiwanya,
tapi tidak sedar akan kekuatan pada diri,
tidak sedar akan ketenangan di jiwanya,
segalanya ada bertapak dengan makna yang tersirat.

Alangkah sedihnya bila kemalasan itu sekadar alasan,
kepenatan itu sekadar modal berhenti,
kelelahan itu sekadar bahan untuk tidak sanggup lagi.
di manakah kekuatan cintamu terhadapNYA?
begitu sombong dengan kehebatan diri,
sedangkan segalanya datang daripada si DIA.

Sungguh dan sungguh,
rapuhnya hatimu dari cintaNYA,
bongkak nya jiwa mu dari pengharapan dariNYA.
bertatih di jalanan kehidupan dengan mendabik dada,
berkata aku boleh lakukan sendiri.
heyyy !!!!..BUKA MATA DAN MINDA,

Allah melihat segalanya,
dunia apa yang engkau kejarkan hingga hatimu rapuh,
rapuh dengan kehebatan di dunia,
cinta dariNYA engkau letak di tepian,
cinta dunia kau junjung setingginya,
ALLAHURABBI,
rendahnya status cinta Allah di hatimu,
pengorbanan dariNYA tak kan pernah kau sedari,

Tatkala jatuh tersungkur,
engkau memohon ampun kepadaNYA,
tapi mengapa hanya cuma sedetik,??
mengapa hanya untuk sesaat??
bukan untuk selamanya???
MUHASABAH SEMULA,,,

~ Kesayuan itu Allah yang detikkan ~

Hati tercoret tanpa noktah,
dunia menghempap jiwa satu demi satu,
sungguh, dunia tidak pernah adil kepada kita,
meninggalkan dirinya tersungkur di jalanan tanpa menanti.

Tatkala hati hancur luluh dengan keasyikan dunia,
hati sayu menyapa ke hati,
mencari segenap jawapan di sebalik tirai kebenaran,
menjadi mahar menguji iman.

Aku, dia dan kamu,
kekecewaan itu sentiasa ada dan penuh rahsia tersirat,
menyembunyikan beribu hikmah di sebalik helaian kehidupan,
hingga akhirnya menawan senyuman di bibir untuk di ukir.

Sedarilah
kesayuan yang di rasakan bukan sekadar hiasan hati,
bukan juga sekadar mainan dalam kehidupan,
tapi kesayuan itu datangnya dari SI DIA,
yang telah di rancang dengan penuh dengan kecintaanNYA,
tanpa ada seorang yang akan menyangka,
kesayuan itu mengubah seluruh hidup dan jiwanya.

Ketika kesayuan itu menyapa,
dia menghayati nya dengan penuh mendalam,
ingin merungkai di sebalik setiap huruf-huruf kehidupan,
mencari hikmah di sebalik tirai nya hidup,
memberi jawapan buat hati yang terbengkalai dengan dunia,
memberikan sinar baru kepada qalbu sang pencinta.

Pencarian nya bukan sia-sia,
ibrah di sebali kesayaun hati penuh keindahan,
dia berjumpa dengan segenap jiwanya yang menghilang ditelan dunia,
terpelosok di dasar lautan hati tanpa perhatian,
dan akhirnya bertemu semula di tepian onak.
bertapa kesyukuran nya tidak tergambar,
di pertemukan dengan kesayuan yang indah,
menjadi kekuatan untuk bangkit,
mencari langkah yang seterusnya bersama segenggam azam.
Allah mentakdirkan segalanya penh dengan keindahan,
merancangnya dengan penuh cinta,
mengaturkan nya dengan penuh hikmah,
buat sang pencinta dunia.

~Kehilangan dan Kepergian membawa Jiwa ~

Kini, sgalanya pergi meninggalkan diri,
yang dahulu menjadi sebahagian daripada hidup,
kini pergi tanpa keizinan,
membawa hati turut pergi bersama.

Hari yang ceria merasa suram,
bagaikan sinar tidak akan muncul lagi,
bagaikan matahari tidak akan terbit lagi,
bagaikan bulan dan bintang tak kan
bersama lagi.




Satu demi satu kini telah pergi,
tanpa persediaan buat hati,
terbungkam tanpa apa-apa kata,
tersungkur dalam kehangatan malam,
mencari segenap jawapan di sebalik tirai.

Kesedihan dan kepedihan di rasa,
mengharapkan satu keajaiban dariNYA,
mengembalikan segenap jiwa yang telah hilang,
di bawa pergi bersama mereka yang menjadi sebahgian dalam hidup.

Ya Rabb,
semua ini tidak mampu di tanggung lagi,
hati meyepi menanggung kerinduan ini,
ENGKAU tetapkanlah rasa ini,
Engkau jagakanlah rindu ini kerana cinta dariMU,
sungguh segalanya terjadi tiba-tiba,
tanpa persediaan dari hidup ini.

Kini ku rela,
aku pasrah dengan segala ketentuanMU,
segalanya menjadi kerahsiaanMU yang begitu hebat,
tatkala mereka yang tak kuat dan tak mampu,
akan rebah tersungkur di jalanan tanpa kesedaran,
tapi bagi mereka yang penuh dengan kecintaanMU,
tembok kepasrahan ibarat plastik yang bila masa saja
akan runtuh di hempap dengan angin.

Cinta dan Kasih bersulam erat,
di anyam teguh dengan tali ikatan,
yang tak kan mampu terhurai biar api membakar.
segalanya pergi tapi satu telah hadir,
sebuah kebangkitan !!!!..

~ Di Sini Segalanya Bermula ~

Cerita detik demi detik,
terkadang penuh dengan seribu coretan terindah,
terkadang juga penuh dengan  sejuta coretan derita,
menjadi lukisan seni nya kehidupan.

Mata terpejam di ulit beribu kenangan,
mengharapkan sebuah keajaiban dari ILLAHI,
memberikan sejuta rasa semangat dalam kehidupan,
meruntuhkan tembok keegoan yang telah lama terbenam
di dasar lautan sucinya qalbu.


Langkah di hayunkan menongkah arus kehidupan,
tersalah langkah sesat di persimpangan,
mencari arah yang pasti dalam segenap jiwa,
letih dan lesu hanya beribu alasan,
menjadi mahar menguji iman.

tersedar dari buaian alam maya,
diam-diam Allah menyapa hatinya,
meruntuhkan tembok kelemahan dengan satu kebangkitan,
segalanaya telah di rasa dan di hadapi,
air mata kering tak mampu mengalir,
hati terseksa merana di tepian.

Ya Allah,
kembalikan hati yang penuh dengan cinta,
yang penuh dengan keindahan ,
segalanya telah di cuba untuk memiliki beribu keindahan,
dan yang tinggal hanyalah satu kepasrahan, 
tika kaki tersungkur di satu persimpangan,
tanpa arah tujuan dari MU.

Segalanya kini bermula,
di pertengahan jalan,
harus memilih antara yang di kiri atau di kanan,
menjadi kekuatan dalam sebuah erti kebangkitan hidup,
INTIFADHAH menanti di persimpangan.