> src="h

Jumaat, 25 Disember 2015

~ Kesayuan itu Allah yang detikkan ~

Hati tercoret tanpa noktah,
dunia menghempap jiwa satu demi satu,
sungguh, dunia tidak pernah adil kepada kita,
meninggalkan dirinya tersungkur di jalanan tanpa menanti.

Tatkala hati hancur luluh dengan keasyikan dunia,
hati sayu menyapa ke hati,
mencari segenap jawapan di sebalik tirai kebenaran,
menjadi mahar menguji iman.

Aku, dia dan kamu,
kekecewaan itu sentiasa ada dan penuh rahsia tersirat,
menyembunyikan beribu hikmah di sebalik helaian kehidupan,
hingga akhirnya menawan senyuman di bibir untuk di ukir.

Sedarilah
kesayuan yang di rasakan bukan sekadar hiasan hati,
bukan juga sekadar mainan dalam kehidupan,
tapi kesayuan itu datangnya dari SI DIA,
yang telah di rancang dengan penuh dengan kecintaanNYA,
tanpa ada seorang yang akan menyangka,
kesayuan itu mengubah seluruh hidup dan jiwanya.

Ketika kesayuan itu menyapa,
dia menghayati nya dengan penuh mendalam,
ingin merungkai di sebalik setiap huruf-huruf kehidupan,
mencari hikmah di sebalik tirai nya hidup,
memberi jawapan buat hati yang terbengkalai dengan dunia,
memberikan sinar baru kepada qalbu sang pencinta.

Pencarian nya bukan sia-sia,
ibrah di sebali kesayaun hati penuh keindahan,
dia berjumpa dengan segenap jiwanya yang menghilang ditelan dunia,
terpelosok di dasar lautan hati tanpa perhatian,
dan akhirnya bertemu semula di tepian onak.
bertapa kesyukuran nya tidak tergambar,
di pertemukan dengan kesayuan yang indah,
menjadi kekuatan untuk bangkit,
mencari langkah yang seterusnya bersama segenggam azam.
Allah mentakdirkan segalanya penh dengan keindahan,
merancangnya dengan penuh cinta,
mengaturkan nya dengan penuh hikmah,
buat sang pencinta dunia.

Tiada ulasan: