" Terkadang hati jauh dari Allah, tiada siapa yang ketahui tapi hati ini, sentiasa di ulit resah hingga menangis terasa, Dengarlah wahai kekasihku YA RABB, detik penantianku mencari cintaMU, tiada noktah dan tiada koma nya, dekapkan lah serpihan hatiku pada cintaMU, tanpaMU rapuh hidupku, ENGKAU pun tahu sayangku, Duhai kekasihku Ya Rabb, hingga akhir waktu telah ku serahkan, di kala ku merasa sepi, Dekapkan lah diriku Ya Allah, peluk manjaku padaMu Ya Rabbi, Dulu Kini Selamanya
Isnin, 16 November 2015
Jiwa si Srikandi
Duhai srikandi yang tercinta,
hatinya penuh dengan beribu kecintaan,
sedang asyik dalam ubudiyyah,
ibarat Rabiatul Adawiyah,
dalam menegakkan agama Allah,
Dengan beribu semengat turun ke medan jihad,
dengan sekeranjang jiwa membawa riasalah Islam,
jasadnya luka dan hati berduka,
dengan hentaman halus dari dunia,
namun jiwanya kental dan teguh,
tak siapa yang mampu menghalangnya,
Duhai srikandi pemangkin Islam,
sentiasa menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
dengan kepetahan bicaranya menegakkan kalimah Allah,
dengan kecekalan tahajud nya menjadi pedang melawan musuh,
tanpa henti tanpa lelah,
Duhai Srikandi mujahidah,
melihat dunia penuh ketidakadilan,
Islam di permainkan tanpa henti,
Iman di hancurkan dengan nafsu gelojoh tanpa batas,
hati srikandi merasa sangat seksa,
merana tak mampu nak luahkan,
kecintaanNYA pada jalan juang,
telah membangkitkan kesedaran utuk terus tetap,
dengan tangan menegakkan hukum Allah
menentang setiap kezaliman,
Berjuang dan terus berjuang,
dunia mencaci dan mengherdik,
cinta kepadaNYA makin membiak,
meneruskan segalanya,
dengan INFIRU menjadi inspirasi,
dengan cinta Rasulullah dia bangkit,
tetap dengan jiwanya yang kerana Allah.
Membait cinta Khaliq
Tangisi kekecewaan di dalam dugaan,
merana di tepian menjerit di dalam hati,
cukupkah sekadar linangan air mata,
mengubati duka di dalam hati,
merawat bara di hati yang membengkak,
Lantaran dunia sekadar buih-buih khayalan,
Bila-bila akan hilang dari pandangan,
sedangkan akhirat terus menanti dan menanti,
tangisan air mata kerinduan dari penduduk bumi,
di pasakkan iman kerana berbalik kepadaNYA,
Sedangkan manusia masih berbangga,
merosakkan hati dengan kecintaan dunia,
walhal si nafsu memamah jiwa yang suci abadi,
tanpa mengira masa dan nyawa,
tanpa mengira keadaan hati yang terkadang jatuh dan naik,
Tidak terbanding isi akhirat dengan dunia,
namun lemah dan jumudnya,
tidak pun terlintas di dalam benak fikiran si pencinta,
yang labelnya Islam dalam hidup sehariannya,
memberikan intifadah kepada hati dan hidupnya,
meninggalkan dunia yang menyiakan,
mencetuskan kecintaan kepadaNYA,
dengan kesegaran dan semangat maju padaNYA,
Hati fitrahnya penuh dengan emosi,
ketika cinta bersulam di dalam hati,
memberikan berjuta rasa buat segenap jiwa,
menjadikan si pencinta hidup yang pahit jadi manis,
menjadikan hari yang suram begitu mengasyikkan,
menjadikan jiwa yang sunyi terasa begitu tenang,
menjadikan deruhan nafas begitu melenakan,
namun begitu manis dan indahnya,
andai cinta tertanam kerana ubudiyyah kepada Allah,
ibarat cintanya Rabiatu Adawiyah kepada Allah,
Sang Khaliq,Rasulullah, Ibu Bapa dan sahabat,
segalanya bersilih ganti dan pegun bersemayam dalam hati,
memberikan ketenangan yang tak terhingga,
namun kekecewaan terhinggap,
kesakitan di jiwa merebak,
tatkala hati jauh dari cinta murni,
jatuh terpelosok ke dunia entah khabarnya buat akhirat,
menghilang di telan masa dengan pesatnya kebusukan dunia,
lalu Allah meyaksikan nya dengan penuh kesedihan,
melihat telatah dan kekerdilan si pencinta,
begitu asyik dengan kealpaan tanpa ubat di hati,
Namun, masa nya telah tiba,
hatinya telah di sapa semula dengan kesucian cinta dahulu,
membuatkan hati tersentak dengan ketukan yang menyapa,
benak bermain dengan jutaan logika,
lalu mata di pejam merasakan keasyikan dari Rabbi nya,
dan membenarkan sapaan itu masuk menetap tanpa kata kunci,
memberikan sinar cahaya buat jiwa dan jasad,
Kini,
bertuturlah cinta di dalam benak dan jiwa,
sejuta bicara di penuhi dengan bait-bait cintaNYA,
tak pernah di paksa mahupun di pujuk,
kembang kempis dadanya membait cinta,
bersyukur pada takdir waktu dan hidup,
memberikan kenikmatan sekeliling,
dengan butiran tasbih penguat jiwa,
dengan rabithah menjadi pelengkap hidup bersama yang tersayang,
tak bisa sesiapa yang menetang,
dulu kini selamanya,
cintaNYA mengalir bertasbih di dalam jiwa membait rindu.
Ahad, 15 November 2015
Luar Biasa itu Dia
dirinya begitu kuat bukan lemah,
bukan seperti lidi,
sekali goyang dah patah,
diduga dia tabah,
diluka tidak goyah,
di guris dia diam,
hatinya terkadang gelisah,
dan juga terkadang resah,
tetapi tak pernah menyerah,
hanya pada takdir dia pasrah,
hanya pada masa dia berserah dan
hanya pada Allah dia berdoa dan
hanya pada perjuangan dia bangkit,
menuju satu intifadhah !!!
Dia bangga dengan sekarang,
tidak layu dan tidak lemah,
kerana tidak mudah hadapi semua,
tanpa mereka yang tersayang di sisi,
tanpa cinta Allah di hati..
Kini,
dunia berputar dan terus berputar,
siang berganti dengan malam,
bintang dan bulan menjadi penerang,
memberi sinar kepada setiap kegelapan.
Dulu Kini Selamanya,
dia tetap akan menjadi yang luar biasa
bukan seperti lidi,
sekali goyang dah patah,
diduga dia tabah,
diluka tidak goyah,
di guris dia diam,
hatinya terkadang gelisah,
dan juga terkadang resah,
tetapi tak pernah menyerah,
hanya pada takdir dia pasrah,
hanya pada masa dia berserah dan
hanya pada Allah dia berdoa dan
hanya pada perjuangan dia bangkit,
menuju satu intifadhah !!!
Dia bangga dengan sekarang,
tidak layu dan tidak lemah,
kerana tidak mudah hadapi semua,
tanpa mereka yang tersayang di sisi,
tanpa cinta Allah di hati..
Kini,
dunia berputar dan terus berputar,
siang berganti dengan malam,
bintang dan bulan menjadi penerang,
memberi sinar kepada setiap kegelapan.
Dulu Kini Selamanya,
dia tetap akan menjadi yang luar biasa
Langgan:
Ulasan (Atom)
