> src="h

Isnin, 16 November 2015

Jiwa si Srikandi


Duhai srikandi yang tercinta,
hatinya penuh dengan beribu kecintaan,
sedang asyik dalam ubudiyyah,
ibarat Rabiatul Adawiyah,
dalam menegakkan agama Allah,

Dengan beribu semengat turun ke medan jihad,
dengan sekeranjang jiwa membawa riasalah Islam,
jasadnya luka dan hati berduka,
dengan hentaman halus dari dunia,
namun jiwanya kental dan teguh,
tak siapa yang mampu menghalangnya,

Duhai srikandi pemangkin Islam,
sentiasa menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
dengan  kepetahan bicaranya menegakkan kalimah Allah,
dengan kecekalan tahajud nya menjadi pedang melawan musuh,
tanpa henti tanpa lelah,

Duhai Srikandi mujahidah,
melihat dunia penuh ketidakadilan,
Islam di permainkan tanpa henti,
Iman di hancurkan dengan nafsu gelojoh tanpa batas,
hati srikandi merasa sangat seksa,
merana tak mampu nak luahkan,
kecintaanNYA pada jalan juang,
telah membangkitkan kesedaran utuk terus tetap,
dengan tangan menegakkan hukum Allah
menentang setiap kezaliman,

Berjuang dan terus berjuang,
dunia mencaci dan mengherdik,
cinta kepadaNYA makin membiak,
meneruskan segalanya,
dengan INFIRU menjadi inspirasi,
dengan cinta Rasulullah dia bangkit,
tetap dengan jiwanya yang kerana Allah.


Tiada ulasan: