> src="h

Isnin, 16 November 2015

Membait cinta Khaliq

Tangisi kekecewaan di dalam dugaan,
merana di tepian menjerit di dalam hati,
cukupkah sekadar linangan air mata,
mengubati duka di dalam hati,
merawat bara di hati yang membengkak,

Lantaran dunia sekadar buih-buih khayalan,
Bila-bila akan hilang dari pandangan,
sedangkan akhirat terus menanti dan menanti,
tangisan air mata kerinduan dari penduduk bumi,
di pasakkan iman kerana berbalik kepadaNYA,

Sedangkan manusia masih berbangga,
merosakkan hati dengan kecintaan dunia,
walhal si nafsu memamah jiwa yang suci abadi,
tanpa mengira masa dan nyawa,
tanpa mengira keadaan hati yang terkadang jatuh dan naik,

Tidak terbanding isi akhirat dengan dunia,
namun lemah dan jumudnya,
tidak pun terlintas di dalam benak fikiran si pencinta,
yang labelnya Islam dalam hidup sehariannya,
memberikan intifadah kepada hati dan hidupnya,
meninggalkan dunia yang menyiakan,
mencetuskan kecintaan kepadaNYA,
dengan kesegaran dan semangat maju padaNYA,

Hati fitrahnya penuh dengan emosi,
ketika cinta bersulam di dalam hati,
memberikan berjuta rasa buat segenap jiwa,
menjadikan si pencinta hidup yang pahit jadi manis,
menjadikan hari yang suram begitu mengasyikkan,
menjadikan jiwa yang sunyi terasa begitu tenang,
menjadikan deruhan nafas begitu melenakan,
namun begitu manis dan indahnya,
andai cinta tertanam kerana ubudiyyah kepada Allah,
ibarat cintanya Rabiatu Adawiyah kepada Allah,

Sang Khaliq,Rasulullah, Ibu Bapa dan sahabat,
segalanya bersilih ganti dan pegun bersemayam dalam hati,
memberikan ketenangan yang tak terhingga,
namun kekecewaan terhinggap,
kesakitan di jiwa merebak,
tatkala hati jauh dari cinta murni,
jatuh terpelosok ke dunia entah khabarnya buat akhirat,
menghilang di telan masa dengan pesatnya kebusukan dunia,
lalu Allah meyaksikan nya dengan penuh kesedihan,
melihat telatah dan kekerdilan si pencinta,
begitu asyik dengan kealpaan tanpa ubat di hati,


Namun, masa nya telah tiba,
hatinya telah di sapa semula dengan kesucian cinta dahulu,
membuatkan hati tersentak dengan ketukan yang menyapa,
benak bermain dengan jutaan logika,
lalu mata di pejam merasakan keasyikan dari Rabbi nya,
dan membenarkan sapaan itu masuk menetap tanpa kata kunci,
memberikan sinar cahaya buat jiwa dan jasad,

Kini,
bertuturlah cinta di dalam benak dan jiwa,
sejuta bicara di penuhi dengan bait-bait cintaNYA,
tak pernah di paksa mahupun di pujuk,
kembang kempis dadanya membait cinta,
bersyukur pada takdir waktu dan hidup,
memberikan kenikmatan sekeliling,
dengan butiran tasbih penguat jiwa,
dengan rabithah menjadi pelengkap hidup bersama yang tersayang,
tak bisa sesiapa yang menetang,
dulu kini selamanya,
cintaNYA mengalir bertasbih di dalam jiwa membait rindu.









Tiada ulasan: