> src="h

Jumaat, 25 Disember 2015

~ Di Sini Segalanya Bermula ~

Cerita detik demi detik,
terkadang penuh dengan seribu coretan terindah,
terkadang juga penuh dengan  sejuta coretan derita,
menjadi lukisan seni nya kehidupan.

Mata terpejam di ulit beribu kenangan,
mengharapkan sebuah keajaiban dari ILLAHI,
memberikan sejuta rasa semangat dalam kehidupan,
meruntuhkan tembok keegoan yang telah lama terbenam
di dasar lautan sucinya qalbu.


Langkah di hayunkan menongkah arus kehidupan,
tersalah langkah sesat di persimpangan,
mencari arah yang pasti dalam segenap jiwa,
letih dan lesu hanya beribu alasan,
menjadi mahar menguji iman.

tersedar dari buaian alam maya,
diam-diam Allah menyapa hatinya,
meruntuhkan tembok kelemahan dengan satu kebangkitan,
segalanaya telah di rasa dan di hadapi,
air mata kering tak mampu mengalir,
hati terseksa merana di tepian.

Ya Allah,
kembalikan hati yang penuh dengan cinta,
yang penuh dengan keindahan ,
segalanya telah di cuba untuk memiliki beribu keindahan,
dan yang tinggal hanyalah satu kepasrahan, 
tika kaki tersungkur di satu persimpangan,
tanpa arah tujuan dari MU.

Segalanya kini bermula,
di pertengahan jalan,
harus memilih antara yang di kiri atau di kanan,
menjadi kekuatan dalam sebuah erti kebangkitan hidup,
INTIFADHAH menanti di persimpangan.



Tiada ulasan: