> src="h

Jumaat, 25 Disember 2015

~Kehilangan dan Kepergian membawa Jiwa ~

Kini, sgalanya pergi meninggalkan diri,
yang dahulu menjadi sebahagian daripada hidup,
kini pergi tanpa keizinan,
membawa hati turut pergi bersama.

Hari yang ceria merasa suram,
bagaikan sinar tidak akan muncul lagi,
bagaikan matahari tidak akan terbit lagi,
bagaikan bulan dan bintang tak kan
bersama lagi.




Satu demi satu kini telah pergi,
tanpa persediaan buat hati,
terbungkam tanpa apa-apa kata,
tersungkur dalam kehangatan malam,
mencari segenap jawapan di sebalik tirai.

Kesedihan dan kepedihan di rasa,
mengharapkan satu keajaiban dariNYA,
mengembalikan segenap jiwa yang telah hilang,
di bawa pergi bersama mereka yang menjadi sebahgian dalam hidup.

Ya Rabb,
semua ini tidak mampu di tanggung lagi,
hati meyepi menanggung kerinduan ini,
ENGKAU tetapkanlah rasa ini,
Engkau jagakanlah rindu ini kerana cinta dariMU,
sungguh segalanya terjadi tiba-tiba,
tanpa persediaan dari hidup ini.

Kini ku rela,
aku pasrah dengan segala ketentuanMU,
segalanya menjadi kerahsiaanMU yang begitu hebat,
tatkala mereka yang tak kuat dan tak mampu,
akan rebah tersungkur di jalanan tanpa kesedaran,
tapi bagi mereka yang penuh dengan kecintaanMU,
tembok kepasrahan ibarat plastik yang bila masa saja
akan runtuh di hempap dengan angin.

Cinta dan Kasih bersulam erat,
di anyam teguh dengan tali ikatan,
yang tak kan mampu terhurai biar api membakar.
segalanya pergi tapi satu telah hadir,
sebuah kebangkitan !!!!..

Tiada ulasan: