> src="h

Sabtu, 27 Februari 2016

Takungan Air mata bercucuran

Bulat matanya merenung dan tenggelam dalam buaian,
memahami di setiap ciptaan Illahi,
mencari dalam segenap maksud yang tersirat,
tidak ada sebarang jawapan,
tetapi ketenangan menerjah hati,
menggetarkan seluruh jasad,
hingga pabila kelopak mata di pejam,
air mata bercucuran.
PERIT!!!!
hidup ini tidak mampu di tafsir dengan hanya satu ujian,
bukan juga dengan hanya satu kenikmatan,
tetapi segalanya tercampur ibarat adunan kuih,
takkan mampu di pisahkan semula bahan yang tercampur.

Ya Allah,
sinaran matahari menyinari bumi,
angin bertiup kesayuan membawa pergi kegusaran hati,
Awan berarak perlahan dengan pelbagai bentuk,
memberikan suasana yang mengasyikkan qalbu,
yang tak kan mampu di baca mahupun di hadam mereka yang melihatnya,
mata terpejam kan,
tanggungjawab merjah ke bayangan,
menyentapkan hati buat seketika,
membuatkan kelelahan dan keletihan merjah ke hati,
tidak tertahan dengan setiap yang bertandang,
seolah kaki ingin melangkah pergi jauh ,
lalu seruan Allah terpaku rapi di dasar hati,
tak mampu di cabut dengan jasad.


Bibir mampu mengukir senyuman,
mulut mampu berbicara dengan riangnya,
tetapi hati merintih kesakitan,
mengadu sedikit pengertian dari mana-mana insan,
sangat tak bisa di dapatkan,
hampa yang mampu di raih dan kekecewaan yang bertandang,
Allah lebih mengetahui segalanya.
tetapi dalam duduknya sendirian,
dalam hatinya kesepian tanpa teman,
air mata mengalir tanpa henti,
melepaskan segala yang telah di lakonkan dengan keriangan.
sungguh,peritnya hati nya tidak ada yang tahu,
tanggungjawab itu mengalirkan air mata
tapi memberikan sejuta kekuatan kepada hatinya.
yang mana harapannya hanya kepada Illahi..

Duhai Rabbku,
aku tak mampu menemani nya ketika keperitan itu di rasakan nya,
aku tak mampu mengusap airmata yang mengalir di pipinya,
aku juga tidak mampu menjadi penghibur hatinya tika berduka,
aku hanya mampu menitipkan doa yang mana Engkau lebih memahami kasihku padanya,
hanya mampu melihatnya di kejauhan dan memahami di setiap jalan cerita hidup,
iya memahami,
kerana aku tahu Engkau sedang mengujinya,
kerana cintaMu padaNya,
memberikan dia kekuatan yang tidak pernah dia rasai.

Tiada ulasan: