Begitu nikmat saat tangan kunia Allah mampu bergerak,
dengan pantasnya menaip bait-bait indah yang tak mampu terungkap,
meluahkan segala rasa yang telah lama terbuku,
mengubat kesunyian jiwa di kala malam yang sunyi.
Berbangga dengan setiap coretan,
tapi tidak sama seperti apa yang terungkap dengan ucapan realiti,
bait-bait itu umpama tulisan dongeng seorang insan,
seolah-olah tak pernah wujud dalam realiti.
Tulisan nya mampu menyenangkan para pembaca,
tetapi ungkapan nya langsung tidak seperti tulisan nya,
tergapai-gapai mencari sebuah maksud di sebalik dongeng itu,
tertanya-tanya dan terkial-kial,
adakah yang merasakan ketidak selesaan dengan perbezaan itu,
yang tulisan nya begitu indah,
tetapi tidak pada ucapan nya yang hanya berbaur dunia.
kemanakah hilangnya keberanian yang dahulu,
berani berbicara dengan fasih nya,
meungkapkan setiap kalimah yang tersirat di minda,
menterjemahkan dengan penuh kasih sayang,
hingga mampu mengalirikan mata segelintir pendengar setia.
Ya Rabb,
kembalikan lah cerita realiti itu semula,
jangan biarkan dongeng ini berterusan,
yang membuatkan hatiku dan hati mereka terluka,
duduk terdiam tanpa sebarang kata-kata,
dan yang ada hanyalah kata-kata yang perit.
Duhai Allahku,
kemanakah hilangnya jiwa yang sentiasa meletakkanMU dalam segenap keputusan,
yang setiap ucapan nya di dahului dengan cintaMU,
yang setiap tindakan nya kerana KasihMu,
bukan untuk menjatuhkan tetapi kerana ingin mengislahkan.
Ya Allah,
kembalikanlah,
kembalikanlah,
hati ini meronta dan mengadu,
tidak tertahan dengan dongeng ini,
merindukanMU dalam setiap degupan nafas,
hidup tersisih tanpa siapa yang peduli,
hati terluka tak akan ada yang mengubati,
tetapi Engkau lebih memahami.
Duhai Rabb,
jagakanlah hati ini,
pisahkan lah hati ini dengan kalimah ego,
jarakkan lah hati ini dengan kalimah cemburu,
dekatkanlah kalimah sayang dan kasih ini ke dalam hati,
satukanlah kalimah cinta ke dalam jiwa ini,
hanya keranaMU ya Allah,
hanya kerana CintaMU,
bukan untuk aku,bukan untuk dia mahupun mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan